1. Tajuk Program

Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya 2025
Anjuran: Shaftsbury Putrajaya & Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad (KoKreatif)

2. Latar Belakang Program

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Shaftsbury Putrajaya dengan kerjasama KoKreatif akan menganjurkan Program Sambutan Kemerdekaan selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Ogos 2025, bertempat di Shaftsbury Mall, Putrajaya. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan pendekatan yang bersifat santai, berpendidikan dan kekeluargaan.

3. Objektif Program

- Menanam semangat cintakan negara melalui aktiviti berbentuk komuniti.
- Mendedahkan generasi muda kepada nilai patriotisme secara kreatif dan berbudaya.
- Menggalakkan penglibatan NGO, sekolah dan komuniti dalam acara kenegaraan.
- Membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk tampil sebagai entiti bertanggungjawab sosial (CSR).

4. Sasaran Penyertaan & Pengunjung

- Dianggarkan 3,000 – 5,000 pengunjung sepanjang 3 hari program.

Melibatkan:
- Pelajar sekolah (SK, SMK, TVET, Tadika Perpaduan)
- Persatuan Penduduk & KRT Putrajaya
- NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
- Usahawan tempatan, pengunjung pusat beli-belah dan komuniti setempat

5. Senarai Acara Menarik

·         Perarakan Jalur Gemilang oleh murid Tadika Perpaduan

·         Persembahan Kebudayaan SMK Tinggi Kajang

·         Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak

·         Pertandingan Dekorasi Kek oleh pelajar TVET

·         Pertandingan Basikal Cantik Komuniti

·         Pameran booth agensi & jualan usahawan

·         Pentas NAZIM (Pertandingan Azan, Pidato, Mewarna)

·         Pertandingan Melukis Ekspresi Merdeka – (Peringkat Akhir) bersama Dato' Lat, Datuk    

      Imuda & Mat Over

·        Pertandingan Nyanyian Semangat Merdeka - Tiru Gaya Artis (Peringat Akhir) bersama 

       Artis-Artis Veteran

·        Persembahan silat, cabutan bertuah dan banyak lagi!