MESYUARAT AGUNG KE TIGA KOKREATIF PADA 27 HB APRIL 2025 DI RESTORAN TANJUNG PUTRI, SRI HARTAMAS JAM 2PM
Sebagai platform untuk menggabungkan semua pemain industri dalam menghasilkan kreativiti ke arah memacu produktiviti yang lebih mapan.
Sebagai pemudahcara di antara pemain industri kreatif dan pihak berkepentingan dalam melaksanakan program-program yang boleh memberikan manfaat kepada ahli koperasi atas konsep sinergi dan menang-menang.
Menubuhkan platform yang lebih efektif bagi memperjuangkan kebajikan khususnya kepada artis / selebriti seperti pengagihan royalti yang lebih telus dan efisyen
Penyediaan prasarana perniagaan atas talian untuk ahli yang minat berniaga disamping memartabatkan kebajikan artis yang memerlukan bantuan kemasyarakatan.
Menjalankan pelbagai bentuk aktiviti perniagaan dan perkhidmatan untuk memperkayakan dana yang akan dipulangkan semula sebagai faedah kepada ahli amnya.
Penerbitan Filem dan TV;
Pengiklanan;
Seni Reka; dan
Animasi dan Kandungan Digital.
Kraf;
Seni Visual;
Seni Muzik;
Seni Persembahan dan Teater
Penulisan Kreatif; dan
Fesyen dan Tekstil.
aktiviti muzium,
arkib,
pemulihan dan pemuliharaan.:
Golongan ini perlu mempunyai merit untuk membantu Koperasi dalam bidang masing-masing.
Panel penilai dikalangan ALK Koperasi akan menapis setiap permohonan dan hanya mereka yang benar-benar layak menurut pandangan ALK Koperasi sahaja akan diterima sebagai ahli Koperasi.
Setiap ahli boleh memberikan kertas cadangan pembangunan perniagaan yang bersesuaian untuk dibangunkan bersama melalui ALK Koperasi dan akan dibincangkan secara bersama dalam jawatankuasa mesyuarat ad-hoc mingguan atau bulanan bagi mempercepatkan proses kelulusan.
Satu platform Group Telegram / Whatsapp akan diwujudkan bagi setiap negeri bagi menarik lebih ramai ahli yg terdiri daripada masyarakat umum & selebriti khususnya untuk berkongsi peluang & sokongan.