KOPERASI INDUSTRI KREATIF & DIGITAL MALAYSIA BERHAD
(NO. DAFTAR SKM : 202259602108)
26A, TINGKAT 1, JALAN TIARA 1, TAMAN PERINDUSTRIAN UEP, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR
Email : kokreatif.official@gmail.com
KOPERASI INDUSTRI KREATIF & DIGITAL MALAYSIA BERHAD
(NO. DAFTAR SKM : 202259602108)
26A, TINGKAT 1, JALAN TIARA 1, TAMAN PERINDUSTRIAN UEP, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR
Email : kokreatif.official@gmail.com
LOGO LAMA
(Nama lama)
Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad
LOGO BAHARU
(Nama baharu)
Koperasi Industri Kreatif & Digital Malaysia Berhad
PEJABAT KOPERASI
PEJABAT KOPERASI
SEKITAR AKTIVITI KOPERASI
SEKITAR KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KOKREATIF KE PUSAT SENI VISUAL NEGARA PADA RABU 9/09/2026 JAM 10:30AM
Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya 2025
Anjuran: Shaftsbury Putrajaya & Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad (KoKreatif)
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Shaftsbury Putrajaya dengan kerjasama KoKreatif akan menganjurkan Program Sambutan Kemerdekaan selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Ogos 2025, bertempat di Shaftsbury Mall, Putrajaya. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan pendekatan yang bersifat santai, berpendidikan dan kekeluargaan.
- Menanam semangat cintakan negara melalui aktiviti berbentuk komuniti.
- Mendedahkan generasi muda kepada nilai patriotisme secara kreatif dan berbudaya.
- Menggalakkan penglibatan NGO, sekolah dan komuniti dalam acara kenegaraan.
- Membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk tampil sebagai entiti bertanggungjawab sosial (CSR).
- Dianggarkan 3,000 – 5,000 pengunjung sepanjang 3 hari program.
Melibatkan:
- Pelajar sekolah (SK, SMK, TVET, Tadika Perpaduan)
- Persatuan Penduduk & KRT Putrajaya
- NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
- Usahawan tempatan, pengunjung pusat beli-belah dan komuniti setempat
· Perarakan Jalur Gemilang oleh murid Tadika Perpaduan
· Persembahan Kebudayaan SMK Tinggi Kajang
· Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak
· Pertandingan Dekorasi Kek oleh pelajar TVET
· Pertandingan Basikal Cantik Komuniti
· Pameran booth agensi & jualan usahawan
· Pentas NAZIM (Pertandingan Azan, Pidato, Mewarna)
· Pertandingan Melukis Ekspresi Merdeka – (Peringkat Akhir) bersama Dato' Lat, Datuk
Imuda & Mat Over
· Pertandingan Nyanyian Semangat Merdeka - Tiru Gaya Artis (Peringat Akhir) bersama
Artis-Artis Veteran
· Persembahan silat, cabutan bertuah dan banyak lagi!
1. TAJUK PROGRAM
PERTANDINGAN MELUKIS EKSPRESI KEMERDEKAAN 2025
Sempena Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya
Anjuran Shaftsbury Putrajaya sebagai penaja lokasi dan Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad (KoKreatif) sebagai Pengurus Acara.
2. LATAR BELAKANG
Pertandingan Melukis Ekspresi Kemerdekaan 2025 merupakan antara acara utama sempena Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2025. Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik melalui seni visual dengan menonjolkan unsur legasi seni budaya popular Malaysia, terutamanya melalui karakter ikonik dari komik "Mat Som" dan sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu".
3. TARIKH, MASA & TEMPAT
Tarikh
Ahad, 24 Ogos 2025
Masa
09:30 pagi – 1:00 tengah hari
(3 jam 30 minit)
Tempat
LG Floor, Shaftsbury Putrajaya
4. YURAN KOMITMEN KEMASUKAN
· RM10 seorang untuk setiap penyertaan
o Sijil Penyertaan Eksklusif yang akan ditandatangani sendiri oleh juri-juri iaitu Dato’ Lat dan Datuk Imuda pada hari pertandingan (peserta digalakkan hadir pada hari pertandingan)
· RM30 seorang untuk 20 Peserta Akhir Sahaja
o Percuma satu blok kertas lukisan (yang sudah ditandakan)
o Percuma Set Pensil Warna
o Sijil Penyertaan Peringkat Akhir Eksklusif yang akan ditandatangani sendiri oleh juri-juri iaitu Dato’ Lat dan Datuk Imuda pada hari pertandingan
4. ATURCARA PROGRAM
09:30 pagi
Pengenalan oleh MC
Pengenalan Juri Jemputan
Ucapan Alu-Aluan oleh Juri
Para peserta diberikan taklimat oleh Ketua Juri
10:00 pagi
Agihan Kertas Lukisan, Pensil Warna
Sesi Melukis Ekspresi Kemerdekaan BERMULA
Juri-Juri mengunjungi Booth Peniaga
10:30 pagi
Sesi Bual Bicara & Sketsa Legasi Nostalgia Mat Som & Pi Mai Pi Mai Tang Tu bersama Dato' Lat, Datuk Imuda dan Mat Over
11:30 pagi
Penerangan Produk/Perniagaan oleh Penaja Utama & Aktiviti Penaja (1/2 jam)
12:00 tgh
Pertandingan Berakhir
Sesi Pemarkahan oleh Juri-Juri
Sketsa Spontan oleh Mat Over
12:30 tgh
Pengumuman Pemenang
Penyampaian Hadiah
Sesi Tandatangan Sijil Penyertaan Eksklusif
1:00 ptg
Program berakhir
5. FORMAT PENYERTAAN
Peserta perlu melukis berdasarkan tema "Ekspresi Kemerdekaan" dengan menonjolkan unsur legasi seni budaya popular Malaysia, terutamanya melalui karakter ikonik dari komik "Mat Som" dan sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sahaja.
WAJIB menyertakan sekurang-kurangnya satu karakter daripada komik "Mat Som" atau sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" atau kedua-duanya dalam lukisan.
Hasil lukisan wajib di warnakan dengan Pensil Warna sahaja.
Penyertaan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditentukan tidak layak untuk dipertandingkan.
Setiap penyertaan perlu membayar Sumbangan Pertandingan Rm10 ke akaun Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad (AmBank Islamic No.8881052471231) dan anda layak menerima Sijil Penyertaan Eksklusif yang akan ditandatangani oleh kedua2 Juri di Pertandingan Akhir di Shaftsbury Putrajaya (digalakkan hadir sendiri atau diposkan)
Sila whatsapp hasil lukisan anda yang telah dilengkapkan dengan nama, nombor Mykad dan Alamat Lengkap beserta resit sumbangan ke nombor +6017-2567038
20 peserta akan dipilih untuk ke Peringkat Akhir dan perlu membayar Sumbangan Pertandingan Peringkat Akhir sebanyak Rm30 setiap seorang sebagai komitmen (Percuma Blok Kertas Lukisan dan Pensil Warna)
Peserta Peringkat Akhir dibenarkan membawa lakaran awal, namun hanya lukisan yang dilukis dan diwarnakan semula dalam kertas lukisan rasmi yang diberikan oleh penganjur pada hari pertandingan sahaja yang akan dinilai untuk dipertandingkan.
6. HADIAH
Juara
RM500.00 + Sijil
Naib Juara
RM300.00 + Sijil
Tempat Ketiga
RM200.00 + Sijil
17 Hadiah Saguhati untuk peserta akhir.
Hadiah mungkin boleh dinaikkan lagi sekiranya mendapat tajaan dari penaja.
Pertandingan Nyanyian Ekspresi Kemerdekaan 2025 merupakan salah satu acara utama sempena Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya yang akan diadakan pada 24 Ogos 2025. Acara ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, melalui nyanyian lagu-lagu patriotik dengan meniru gaya artis popular.
Tarikh
Ahad, 24 Ogos 2025
Masa
2:30 petang – 6:00 petang
(3 jam 30 minit)
Tempat
LG Floor, Shaftsbury Putrajaya
Yuran Komitmen Kemasukan
PERTANDINGAN NYANYIAN EKSPRESI KEMERDEKAAN 2025
Sempena Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya Anjuran Shaftsbury Putrajaya sebagai penaja lokasi dan Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad (KoKreatif) sebagai Pengurus Acara.
Pertandingan Nyanyian Ekspresi Kemerdekaan 2025 merupakan salah satu acara utama sempena Program Sambutan Kemerdekaan @ Shaftsbury Putrajaya yang akan diadakan pada 24 Ogos 2025. Acara ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, melalui nyanyian lagu-lagu patriotik dengan meniru gaya artis popular.
Tarikh
Ahad, 24 Ogos 2025
Masa
2:30 petang – 6:00 petang
(3 jam 30 minit)
Tempat
LG Floor, Shaftsbury Putrajaya
Yuran Komitmen Kemasukan: RM50 seorang untuk 15 Peserta Akhir
2:30 – 2:35 ptg
Pengenalan oleh MC & Bacaan Doa
2:35 – 2:45 ptg
Ucapan Ringkas & Pengenalan 3 Orang Juri
2:45 – 2:50 ptg
Taklimat Pertandingan oleh MC
2:50 – 5:20 ptg
Persembahan Peserta - 10 minit setiap peserta
(2 jam 30 minit)
5:20 – 5:30 ptg
Penilaian Akhir Juri & Persediaan Hadiah
5:30 – 5:40 ptg
Persembahan Artis Jemputan
(Dato’ Yusni Hamid & S. Mariam)
5:40 – 6:00 ptg
Pengumuman Pemenang, Penyampaian Hadiah & Sesi Bergambar
Pihak penganjur akan memulakan aktiviti ujibakat bermula 10 Julai hingga 20 Ogos 2025. Para peserta perlu menghantar ‘demo’ nyanyian dan pengenalan diri secara video ke WhatsApp 017-2567038 (wajib format video MP3/4, link Youtube atau link Google Drive sahaja dibenarkan) berdurasi tidak lebih dari 5 minit. Lagu yang dipersembahkan mestilah bertemakan kenegaraan, sama ada dari segi rentak ataupun lirik dan meniru gaya mana-mana artis popular. Penilaian berdasarkan suara, gaya persembahan, kreativiti dan kadar persamaan mengikut artis popular yang ditiru.
Juara
RM500.00 + Sijil
Naib Juara
RM300.00 + Sijil
Tempat Ketiga
RM200.00 + Sijil
· 12 Hadiah Saguhati untuk peserta akhir
· Hadiah mungkin boleh dinaikkan lagi sekiranya mendapat tajaan dari penaja.
May 12, 2025 by Reporter Kelkatutv
https://kelkatutv.com/kokreatif-pacu-pertumbuhan-industri-seni-kreatif-negara/
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Koperasi Industri Kreatif Malaysia Berhad (KOKREATIF) terus mengorak langkah sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi menerusi pengukuhan ekosistem seni kreatif negara. Ditubuhkan pada Oktober 2022, koperasi ini menggalas peranan penting sebagai platform kolaborasi yang inklusif dan mampan bagi penggiat industri seni tanah air.
Diterajui oleh Pengerusinya, Puan Sandakiah Azez — anak kepada Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar — KOKREATIF komited menjadi pemudahcara antara penggiat seni kreatif dan pihak berkepentingan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan. Antara tumpuan utama ialah menyediakan akses kepada peluang kerjasama, rangkaian industri yang lebih luas serta manfaat keanggotaan yang menyeluruh.
“KOKREATIF mengalu-alukan penyertaan semua warganegara Malaysia yang terlibat dalam bidang seni kreatif, termasuk pelakon, penyanyi, pelawak, penulis, pemuzik, pelukis, pengukir, penggiat teater, seni mempertahankan diri dan lain-lain cabang seni, budaya dan warisan,” jelas Puan Sandakiah dalam satu kenyataan.
Dalam usaha mendepani cabaran era digital, KOKREATIF kini giat membangunkan aplikasi mudah alih bagi memudahkan urusan anggota dan memperkasa perkhidmatan koperasi. Pendekatan digital ini sejajar dengan aspirasi Dasar Koperasi Negara yang menekankan inovasi serta keterlibatan aktif anggota dalam pertumbuhan sektor ekonomi kreatif.
Selain itu, KOKREATIF turut membuka ruang kepada golongan profesional dan usahawan yang ingin menyumbang kepakaran, terutamanya dalam bidang keusahawanan digital, demi memperkukuh daya saing penggiat seni di peringkat nasional dan global.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai koperasi ini, yuran pendaftaran hanya RM30 dengan langganan saham minimum sebanyak RM100. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web rasmi di www.kokreatif.com.
Minat Melukis?
Ekspresikan idea kreativiti melalui jari-jemari anda dengan menyertai Pertandingan Melukis sempena Karnival Muhibah Merdeka yang bertemakan Warna-Warni Malaysia pada Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 10.00 pagi di Shaftsbury Putrajaya.
Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berserta sijil. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia semua peringkat umur dan terhad kepada 30 orang peserta sahaja.
Dengan yuran RM20 anda akan mendapat set melukis bernilai RM50 secara percuma. Hasil karya anda akan diadili oleh Imuda, pelakon dan pelukis profesional yang tidak asing lagi.
Dapatkan borang penyertaan disini
https://forms.gle/CiuT4TAoD48RDqSXA
Cepat tempat adalah terhad.
Tarikh Tutup Dilanjutkan Ke 23hb Ogos 2023!
Anda Berbakat?
Lontarkan suara semangat anda dengan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan di Pertandingan Nyanyian sempena Karnival Muhibah Merdeka pada Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 2.00 petang di Shaftsbury Putrajaya.
Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berserta sijil. Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 21-50 tahun dan terhad kepada 20 orang peserta sahaja.
Yuran penyertaan RM50 sahaja dan persembahan anda akan dinilai oleh penyanyi veteran Ayati Tasrip.
Jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan borang penyertaan di sini :👇
https://forms.gle/vxhzxwhPdcfALtDf8
Cepat tempat adalah terhad.
Tarikh Tutup Dilanjutkan Ke 23hb Ogos 2023!
Maths Power akan mengadakan Pertandingan Mewarna (Sekolah Rendah) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
📌 Tarikh: 27/8/2023 (Ahad)
📌 9.00 pagi - 1.00 tengahari
📌 Tempat: Shaftsbury, Putrajaya
Tuan/Puan boleh mengisi link yang diberikan unuk pengesahan penyertaan selewat- lewatnya pada (19/8/2023) pukul 6.00 petang
https://forms.gle/WCvNif4xedLAjq7T9
Note : Bagi yang bersetuju, Yuran penyertaan sebanyak RM20
Pembayaran ke akaun berikut :
Maths Power Sdn Bhd
5660 1064 6049 (Maybank)
Syarat Penyertaan
1. Semua pelajar Mathspower dan bukan pelajar Mathspower kategori Sekolah Rendah ( Tahun 1-Tahun 6).
2. Penyertaan hanya terbuka kepada 100 pendaftaran terawal sahaja.
Kriteria Pemilihan Pemenang
Karya melepasi saringan pemilihan juri
Hadiah Pemenang
Mewarna Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3)
1st - LAPTOP
2nd - TABLET
3rd - SMART PHONE
Saguhati - 10 Pemenang
Mewarna Tahap 2 (Tahun 4 - Tahun 6)
1st - LAPTOP
2nd - TABLET
3rd - SMART PHONE
Saguhati - 10 Pemenang
Serlahkan potensi anda, hadiah lumayan menanti para pemenang
INFO LANJUT HUBUNGI :